Tips Kurus daripada Saiz XL ke Saiz S

By | November 29, 2016

Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya kak cun untuk berkongsi cerita daripada platform blog. Sebelum ni banyak perkongsian dilakukan di Facebook dan Instagram tapi agak payah juga bila nak mencari info kembali.

Untuk entry pertama ini, kak cun nak kongsikan TIPS bagaimana kak cun berjaya mengecilkan saiz badan daripada XL/XXL ke saiz S. Ikutkan, tuan badan ni pun macam kurang percaya tapi hakikatnya, ianya boleh dilakukan walaupun ada satu masa, kak cun sendiri meragui boleh capai saiz S tu. Almaklum seumur hidup paling kecil pun pakai saiz L, adakala sampai perlu pakai saiz XXXL.

Tips Kak Cun Daripada XL ke S

TIPS KAK CUN DARIPADA SAIZ XL KE SAIZ S

80% adalah Pemakanan. Kak cun praktikkan apa yang diajar untuk jaga pemakanan dengan konsep 3J.

J yang Pertama – JADUAL MAKAN

Kak Cun pastikan setiap hari makan sebanyak 5-6 kali sehari. 3 kali Makanan Utama dan 3 kali snek kadangkala 2 kali snek mengikut keadaan.

Minum secawan air kosong suam selepas bangun tidur.

Pukul 7am-9am : Sarapan, Seboleh-boleh paling lewat pukul 830am atau 2 jam selepas bangun tidur.

Pukul 10-11am : Snek Pagi

Pukul 12pm-2pm : Makan Tengahari

Pukul 4-5pm : Snek Petang

Pukul 6-9pm : Makan Malam, cuba makan sebelum pukul 830pm selewat-lewatnya

Pukul 11-12am : Snek Malam

Nota kaki : Waktu ini adalah cadangan sahaja. Anda boleh plan waktu anda sendiri tapi pastikan jarak antara satu masa makan ke masa makan lain dalam 2 hingga 3 jam.

J yang kedua – JUMLAH MAKANAN

Jujurnya, kak cun sejak awal mula diet sihat pada November 2015 memang tidak tahu nak kira kalori makanan. Secara kasar tu memang boleh agak tapi untuk kira satu persatu memang sangat payah dan menyebabkan kak cun banyak kali kecundang sebelum tu,

Apa yang kak cun praktikkan dengan jumlah makanan ini adalah kak cun jaga kuantiti pengambilan bagi karbohidrat, protein dan lemak serta serat.

Contohnya : Nasi segenggam. Kalau genggam anda besar, besarlah jumlah makanan tu. Anggaran dalam 100g. Untuk yang berbadan besar lebih 90kg ke atas, anggaran 150g berat nasi yang dah dimasak. Jangan sukat beras pula tau.

Protein seperti ikan dan ayam pula sebesar tapak tangan.

Minyak dalam 1 SUDU BESAR. Sayur pula boleh ambil selambak penuh pinggan kecuali SAYUR BERKANJI seperti LABU, KENTANG, KELEDEK, LOBAK MERAH yang jatuh sebagai kategori karbohidrat yang perlu dikawal kuantiti seperti nasi.

J yang ketiga – JENIS MAKANAN

Pilihan jenis makanan juga memainkan peranan. Kalau nak turunkan berat badan, janganlah pilih makanan bergoreng dengan minyak yang banyak atau penuh lemak dengan santan. Cara masakan menyebabkan pertambahan kalori serta lemak yang tidak sepatutnya.

Boleh pilih makanan yang dimasak menggunakan kaedah BAKAR, REBUS, PANGGANG. Jika sudah pilih lauk utama yang jenis berkuah, pastikan pilih sayur seperti ulam-ulaman. Sayur yang dimasak secara kilas minyak juga boleh diambil.

Jangan BANJIRKAN PINGGAN ANDA. Kuah ambil dalam 2-3 sudu sekadar untuk beri rasa sebab segala perasa penuh di dalam kuah terutama bila anda makan diluar. Kita tidak tahu apa yang diletakkan sebagai penambah rasa selain garam, mungkin ada tambahan MSG yang tidak sihat untuk badan.

Tips Kak Cun Daripada XL ke S

Selama setahun kak cun amalkan konsep 3J ni dan berjaya turunkan sebanyak 22kg. Betulkan pemakanan kerana kegemukan dan kesihatan yang merosot segalanya berpunca daripada pemakanan.

10 thoughts on “Tips Kurus daripada Saiz XL ke Saiz S

    1. myadmin Post author

      Hahahaha…mak memang saiz kecik sejak dulu..yang penting happy dengan life sekarang

      Reply
    1. myadmin Post author

      Bab disiplin ni ramai yang gagal.

      Hati kena jadi cam batu juga bila nak diet sihat ni

      Reply
  1. Yana

    Suka follow fb kakcun.. Best! Especially bab makan best-best tu. Ramai orang fikir kalau nak kurus, kena kurang makan.. Tapi bila tengok menu kakcun memang totally mindset pun berubah. Seronok!! Mudah nak jaga badan cuma kena disiplin. Tahniah kak cun👍🏻👍🏻👍🏻
    Yana recently posted…Seksanya Bila Anak Sakit Kepala Akibat SinusitisMy Profile

    Reply
    1. myadmin Post author

      Kan yana…kak cun pun dulu ingat menu kena macam orang dalam pantang je, bila dah belajar, yang penting kena kreatif dalam masakan tu..x perlu fancy, yang penting sedap

      Reply
    1. myadmin Post author

      hai cikgu E, alamak..ingatkan dah ada 3-4 entry baru nak share link..semoga saya istiqamah menulis perjalanan sejak daripada Nov 2015

      Reply
    1. myadmin Post author

      hazreen pun boleh..kena mula dari sekarang, jangan tunggu tarikh tertentu pula

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge