Tips Diet Ibu Menyusu Tanpa Jejaskan Susu Badan

By | November 30, 2016

Masa mula nak diet pada 1 November 2015 tahun lepas, kak cun was-was juga sebab baby Azfar baru genap usia 3 bulan. Ini memang masalah sejagat ntuk ibu menyusu yang nak diet sebab TAKUT SUSU BADAN AKAN BERKURANG. Nekad juga teruskan diet sebab badan berat serta cepat letih. Alhamdulillah, baby Azfar dah usia hampir 16 bulan dan susu badan tetap meriah serta masih menyusu sepenuhnya.

Tips Diet Untuk Ibu Menyusu Tanpa Jejaskan Susu Badan

Nak tahu apa rahsianya?

Kak Cun kongsikan beberapa tips. Oh, untuk yang belum kenal dengan tahu, kak cun bekerja sendiri daripada rumah , menyusukan baby Azfar secara direct feeding. Tapi tips ni boleh digunapakai untuk ibu menyusu yang bekerja juga.

TIPS DIET UNTUK IBU MENYUSU

1.Pilih Makanan dengan nutrisi lengkap

Untuk setiap menu utama, pastikan pinggan anda mengandungi makanan daripada karbohidrat, protein dan fiber. Jangan suka hati nak buang salah satu nutrisi ni. Kata nak beri anak susu yang berkhasiat, jadi ibu pun kenalah makan makanan bernutrisi.

2. Ambil Protein dengan cukup

Ibu menyusu ni memang lumrahnya asyik lapar dan suka mengunyah. Jadi untuk lebihan 300-400kcal tambahan daripada orang normal, silalah ambil PROTEIN. Jangan asyik nak makan benda manis dan segala jenis biskut. Sumber PROTEIN ni boleh ambil daripada ikan, ayam, daging, kekacang, tauhu dan boleh juga daripada serbuk protein. Kak Cun ada ambil Shaklee ESP untuk cukupkan pengambilan protein harian.

3. Jangan tinggal makan malam

Ada sesetengah diet yang menyarankan untuk elak ambil karbohidrat pada waktu malam. Untuk Ibu menyusu, kalau anak anda merengek dan menangis seperti kurang susu badan tu, JANGANLAH gatal tak nak ambil karbohidrat waktu makan malam. Kuantiti tetap segenggam. Bukan makan nasi berpinggan-pinggan pula.

4. Air kosong yang mencukupi

Kak Cun pastikan setiap hari akan ambil minima  3 liter air kosong. Ibu menyusu ni bukan sahaja kerap lapar malah kerap haus juga. Minum air kosong sebab air kosong ni ZERO KALORI. Kalau asyik minum air manis, nanti lagi cepat lapar sebab gula dalam minuman tu adalah KARBOHIDRAT RINGKAS. Maknanya, bila kita ambil air manis, gula akan terus ditukar kepada tenaga dan kesannya, anda akan jadi cepat lapar.

5. Menyusu secara kerap

Macam kes kak cun yang direct feeding ni memang mudah juga kerjalah sebab bila baby Azfar merengek, selak baju dan terus boleh menyusu. Untuk ibu menyusu yang bekerja tu, kena kerja kuat untuk pastikan pam di pejabat minima 3 kali selang dalam 3 jam.

6. Penuhi rasa lapar dengan ambil snek

Untuk penuhi rasa lapar memanjang tu, kak cun pastikan akan makan dengan kerap 5-6 kali sehari. Kiranya antara waktu makan utama, kak cun akan ambil snek yang berkhasiat. Contoh snek adalah buah-buahan, kekacang seperti walnut, almond, kacang kuda, hazelnut tapi pastikan beli yang mentah kemudian bakar sendiri. Jangan pula beli kacang berperisa yang dah ada gula dan garam. Selain itu boleh ambil keledek saiz sebiji kecil, salad ayam, telur rebus, susu.

7. Ambil supplement untuk tenaga

Kak cun amalkan supplement untuk beri tenaga. Kerja daripada rumah ni pun penat juga tau sebab kita menyambil jaga anak, memasak kemudian buat kerja lagi. Bukannya sekadar goyang kaki. Jadi, kak cun amalkan supplement multivitamin supaya badan tidak terlalu letih dan ambil kalsium sebelum tidur untuk tidur yang lena. Tidur yang cukup pun menyumbang untuk penurunan berat badan.

Semua tips yang kak cun kongsikan di atas adalah apa yang kak cun lakukan sendiri. Kalau rasa susu badan masih berkurang, boleh tinggalkan komen dan kak cun bantu mana yang mampu.

4 thoughts on “Tips Diet Ibu Menyusu Tanpa Jejaskan Susu Badan

    1. myadmin Post author

      yea betul..kerap makan dan minum untuk bina metabolisma badan..tapi bukanlah setiap kali makan tu, kita melantak

      Reply
    1. myadmin Post author

      sy pun kuat makan juga.tapi dengan makan 6 kali sehari, sy dapat kawal rasa makan dan masih enjoy life. anak sy lelaki, jadi kuat menyusu juga

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge